Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di
dalam laman sosial bahawa anggotanya terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501 semalam.

Menurut Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, kehadiran anggota SAMM
dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga berbaju
hitam di tempat dan waktu yang sama mungkin menyebabkan kekeliruan.

“Memetik beberapa kenyataan online tentang pergaduhan antara SAMM dan
Unit Amal PAS pada hari ini (semalam) saya dengan ini menegaskan
bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang
hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam,” jelas beliau.

Menurut Osama, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC
ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di
kawasan yang dibenarkan.

SAMM ujar beliau, menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal
yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

——————————

Pada ana, sudah tiba masanya Unit Amal diberikan senjata untuk
mempertahankan diri. Tak boleh macam ini. Kena ada orang gila macam
SAMM ini, boleh melayang nyawa dan nafkah anak bini.

Ana dimaklumkan seorang kawan, kerja Unit Amal ini macam komando.
Banyak risiko. Tapi tak ada orang yang sanjung.

Pada ana, selepas daripada ini, kalau ada demo lagi – ana sendiri akan
lutu kepala SAMM seorang-seorang. Lakhanat punya Melayu. Geng sendiri
pun nak pukul ke?