gst1Plakad bantahan dipamerkan mengiringi pengumuman kelulusan Rang
Undang-Undang (RUU) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan
Rakyat hari ini.

Tindakan itu dibuat ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai
menyatakan pendirian konsisten membantah akta itu walaupun diluluskan
dengan undian hari ini.

Mereka juga sempat merakam aksi bantahan itu dan memuat naik ke media sosial.

Pungundian lewat petang tadi menyaksikan 118 ahli parlimen BN
menyokong RUU itu sementara 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyatakan
tidak bersetuju.

Ekoran penolakan total Pakatan Rakyat terhadap RUU itu, maka ianya
tidak memerlukan kepada perbahasan peringkat jawatankuasa.

Sebaliknya ia akan terus dibawa ke peringkat Dewan Negara sebelum
diluluskan dan dilaksana April tahun hadapan.

——————————————–

Terus terang ana kata, ana tidak puas hati dengan prestasi wakil
rakyat kita. Macam tak ada idea. Semua cakap kosong. Jauh beza dengan
wakil rakyat DAP dan PKR.

Ana diberitahu, ini semua kerana Dr Dzul kedekut ilmu dan tidak
berkongsi hujah dengan MP lain. Dia syok sendiri. Sedangkan dia bukan
MP lagi. Kita pun tahu Dr Dzul dapat hujah dari mana. Kakitangan
Securties Commission yang beri. Dulu pun macam tu jugak.

Akhirnya, kita dapatlah MP yang sekadar sengih tayang perut.

Advertisements