http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/26855-hudud-k-tan-bawa-private-bill-ke-parlimen

Kerajaan Kelantan akan membawa satu rang undang-undang persendirian
(private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2)
1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan
dalam mesyuarat exco hari ini sebagai menyahut seruan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa pusat
bersedia membantu Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

“Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang
persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang
Parlimen yang terdekat oleh salah seorang ahli parlimen bukan kerajaan
bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang
tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan
Persekutuan.

“Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa
bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi
bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan
bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen
Hudud,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu dibuat kerana sebahagian
besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri,
merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun
Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti
polis dan penjara.

—————————————

Kali ini kita tengok samada nama-nama berikut akan menyokong HUDUD Kelantan.

– Anuar Musa
– Reezal Naina Mericanto
– Ajeej Rahim
– Noh Omar
– Shahidan Kasim
– Bung Mokhtar
– Ghafur
– Irmohizam

Ana pun nak tengok kalangan Ahli Parlimen PKR untuk menyokong kita.

– Anwar Ibrahim
– Nurul Izzah Anwar Ibrahim
– Azmin Anwar Ibrahim
– Tian ‘Anwar’ Chua Ibrahim
– Shamsul Anwar Iskandar Md Akin
– Sivarasa Anwar

Jangan sedap cakap sahaja konon nak tengok Hudud terlaksana. Kali ini
kalian ada peluang nak tunjuk kejantanan masing-masing. Mari pakat
sokong HUDUD. Jangan tarik diri dan ponteng Parlimen.

Siapa ponteng…baik potong benda alah tu dan lempar kepada anjing.