reezalKenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa PAS agar membentangkan draf undang-undang hudud di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.Beliau mengulas kenyataan terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk memberikan laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Saya melihat kenyataan Asyraf hanyalah bermotif politik semata-mata dan berhasrat untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Beliau sedar bahawa PAS hanya mempunyai 21 kerusi parlimen sahaja di Dewan Rakyat.

Menggesa PAS untuk membawa deraf hudud ke Parlimen membuktikan Asyraf hanya bermain politik dan tidak ikhlas dalam isu ini. Sedarkah beliau bahawa seseorang ahli parlimen bukan kerajaan yang ingin membawa rang undang-undang persendirian (private bill) perlu memohon izin selama sebulan sebelum tarikh pembentangan dan empat belas hari untuk usul.

—————————

Tulisan di atas ana dapat daripada Harakahdaily. Tulisan biasa-biasa sahaja. Alasan biasa. Tak cukup masa. Private bill susah lulus.

Pada ana, apa yang dikatakan oleh anak Dusuki itu ada betulnya. Apa salahnya kalau PAS yang bentang. Kita memang ada pakar bab ini. Salah?

Kita ramai ulama’ dalam Parlimen, takkanlah seorang pun tak boleh bentang cadangan pelaksanaan Hudud. Lemah sangatkah kita. Anuar Musa sokong. Merican Naina sokong. Kalau betul ini komitmen mereka, kita balunlah. Apa tunggu lagi.

Soal orang macam Merican Naina sokong Hudud itu kita serah pada dia dengan Allah SWT. Soalnya, kita bawa dulu di dalam Parlimen. Itu yang orang kita nak di bawah. Bukan soal politik ni. Soal maruah parti.