Sedih tidak terkira rasanya ketika mendengar berita Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin bertambah uzur, walaupun ada juga
ketikanya beliau menyampaikan juga ucapan dan tazkirah di beberapa
tempat.

Keadaan tokoh pemimpin yang satu ini mengundang doa dari umat Islam di
sana sini semoga beliau dipulihkan dari keuzuran untuk meneruskan
perjuangan.

Beliau kini berumur 82 tahun dan baru-baru ini beliau menggagahkan
diri menyampaikan Kuliah Subuh di masjidnya di Pulau Melaka dengan
suara yang tertahan-tahan, mengundang rasa pilu para jamaah.

Kasih sayang rakyat kepadanya sepanjang masa justeru sepanjang
hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui
wadah PAS. Menyampaikan ribuan kuliah dan ceramah, melayani rakyat
pelbagai kaum dan agama di mana-mana.

Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah dan akan dikenang
lama, bahawa seorang pemimpin yang menjalani kehidupan serba
sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan
penting mewarnakan perjuangan politik Islam di tanah airnya.

Kini Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan ‘Institut Pemikiran Tok
Guru’ sebagai mengenang jasanya bukan saja sebagai Menteri Besar
Kelantan selama 23 tahun, bahkan sebagai tokoh ulung pimpinan dan
pemikir gerakan Islam PAS sejak puluhan tahun.

Demikian ulasan di dalam Harakah online. Pada ana, apa gunanya kita
nak puja sangat Tok Guru pun. Kita kena akui, sebagai MB, beliau
banyak kelemahan dan dosa kepada rakyat. Bukan sahaja dosa kepada
rakyat yang menyokong, yang tidak menyokong pun sama juga.

Ana cukup tak gemar kalau ada orang kita yang nak julang Tok Guru
secara melampau-lampau. Ada yang sudah mula tempah jubah milik Tok
Guru untuk disimpan sebagai kenangan. Ada yang sudah menempah untuk
memikul keranda dan sebagainya.

Jangan jadi bodoh dan taklid. Tok Guru manusia biasa. Ada kelemahan.
Tak perlu nak lambung lebih-lebih. Dosa kepada rakyat, biar Tok Guru
bawa ke mahsyar.

Perhatikan Firman Allah Q.S.al-An’am:2, bermaksud:

‘ Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya
ajal atau kematianmu, dan lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk
berbangkit] yang ada pada sisiNya [yang Dia sendirilah
mengetahuinya].’

Dan lagi FirmanNya Q.S.an-Nahl:61, bermaksud:

‘ Maka apabila sudah tiba ajal seseorang tidak akan dapat diundurkan
atau dimajukan walaupun hanya sesaat.’

PINTU

Dunia yang kita diami sekarang mempunyai dua pintu.

1] Pintu masuk kedalam dunia, melalui rahim ibu;

2] Pintu keluar dari dunia ini, dinamakan liang lahad/kubur.

Kita bernama manusia ini tinggal didunia adalah ibarat dagang merantau
dan lambat laun pastinya kembali juga kenegeri asal, yakni, liang
lahad / akhirat!

Sampai waktu, kalau Tok Guru kena pergi, pergilah dia. Macam kita juga.