Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah mengikuti
kronologi isu Kasim Ahmad sehingga beliau didakwa di mahkamah syariah
Putrajaya, kelmarin.

“Kronologi peristiwa tersebut diukur berdasarkan parameter
perundangan, perlembagaan dan syariah,” ujar Presidennya, Datuk Zainul
Rijal Abu Bakar dalam kenyataan kepada Harakahdaily malam tadi.

Justeru, katanya PPMM menegaskan bahawa setiap kebebasan yang
dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam
termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada
had yang telah digariskan.

Tambahnya, tiada kebebasan mutlak di dalam mana-mana sistem
perundangan di dunia ini.

Menurutnya, PPMM juga menegaskan bahawa pendakwaan terhadap Kasim
Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa.

Beliau berkata, beban pembuktian untuk mensabitkan Kasim bersalah atas
kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie.

“PPMM percaya pihak penguatkuasa agama telahpun menjalankan siasatan
yang wajar sehingga Ketua Pendakwa Syarie membuat keputusan untuk
mendakwa Kasim Ahmad kerana terdapat bukti-bukti yang mencukupi,”
katanya.

Katanya lagi, Kasim diberi hak sepenuhnya untuk meminta perbicaraan di
dalam mahkamah sekiranya beliau berpendirian tidak bersalah atas
dakwaan tersebut.

“PPMM percaya perbicaraan yang adil akan dijalankan di dalam prosiding
terhadap beliau,” ujarnya lagi.

Di sini kita mahu cabar Jamil Khir untuk  dakwa Mahathir sekali. Dia
yang anjur. Dia yang panggil Kasim. Dia yang puja Kasim. Kenapa dia
tak didakwa?

Nampak sangat Jamil Khir takut dengan Mahathir. Sat lagi kalau dakwa
Mahathir, nama dia pun tak sangkut dalam PRU akan datang. Jangan lupa
Mukhriz MB.

Inilah sempoa akidah UMNO. Ada double standard. Sorang kena. Sorang
lagi tak kena. Kalau nak ikut gila dan kurang ajar kepada Islam, sama
sahaja.

Selagi UMNO ada double standard macam ini, toksah cakap pasal hudud
lah. Buang masa.

Advertisements