Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
pemilihan bekas pegawai daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon BN
dalam pilihan raya kecil (PRK) Balingian pada 29 Mac depan.

Yussibnosh , 46, adalah seorang Kristian Melanau tempatan dari Kampung Tellian

Muhyiddin mengumumkan pencalonan Yussibnosh di dewan sivik di Mukah
petang ini, lapor Star Online.

Bercakap dalam satu sidang akhbar kemudiannya, timbalan perdana
menteri berkata BN percaya beliau adalah calon terbaik untuk
bertanding di Balingian.

Muhyiddin berkata jawatan terakhir Yussibnosh ialah sebagai pegawai
daerah di tempat yang sangat dekat dengan Balingian, membuatnya begitu
biasa dengan kawasan tersebut.

Sementara itu, Yussibnosh berterima kasih kepada kepimpinan BN yang
memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di situ.

Yussibnosh berkata pengalaman beliau sebagai pegawai daerah akan
membantunya berkhidmat kepada rakyat jika terpilih.

“Kerjanya akan sama, hanya dalam kapasiti yang berbeza,” katanya.

Ana nak tanya kalangan Ustaz UMNO, kenapa dilantik pulak Kristian
Melanau ni dibolehkan? Tak ke dia nanti ada gambar salib kat rumah?
Tak ke nanti dia lidah dia ada nampak hitam disebabkan air holy water?
UMNO tak takut ke Yussibnosh akan kristiankan orang di Balingian? UMNO
tak risau ke kalau Yussibnosh edar bible kepada orang di Balingian?

Nah, sekarang korang ambil obat. Muhyiddin sembab dah umum Kapir
Kristian Melanau jadi calon di Balingian. Ambik obat. Mana Noh Omar
nak jerit lagi? Mana segala macam orang yang nampak ini satu usaha
kristiankan orang Sarawak?

Sebab itu, bila Pas masuk dalam gereja, korang kata MP Shah Alam
kapir. Bila Anwar berucap dalam gereja, korang kata dia kapir.
Sekarang lu orang nak bagi Yussibnosh masuk surau pakai kasut? Nak
bagi Yussibnosh sembelih lembu kambing sebab dia ahli kitab?

Mana PERKASA? Mana JATI? Mana Zul Noordin? Mana Ustaz Ismail Mina?
Mana Aidit Ghazali? Mana? Mana? Mana?

Sudahnya korang menjerit naikkan kapir Melanau juga. Tipu lagi. Tipu
dan tipu lagi.

Advertisements