http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26669-bersihkan-nama-juruterbang-mh370-mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memulihkan nama juruterbang itu daripada kaca mata rakyat Malaysia dan dunia.

“Dalam masa pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berhubung isu kehilangan MH370, perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah membersihkan nama kapten Zaharie.

“Sekarang sudah ada tanggapan negatif telah diberikan terhadap juruterbang itu dan ia perlu diselesaikan segera,” kata beliau sewaktu membahas usul khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Usul khas itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Whip Parlimen PAS itu juga meminta kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyiasat dan membincangkan insiden tersebut.

Ana minta kita jangan mudah sangat nak support orang. Kaji dulu latar belakang. Apakah kita nak main belasah sahaja?

Cuba tengok Youtube channel mamat tu.

Apa pegangan dia sekarang? Reasons? Atheism? Kebebasan beragama ikut suka?

Pada ana, kita tunggu dulu laporan keseluruhan. Jangan main belasah.

Sat lagi dengan kita-kita pun tenggelam punca.

Ana tak tahu pegangan dia. Tapi kalau tengok pada Youtube channel…ana sangsi sheikh. Sangsi sangat.

Advertisements