Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang semalam menyaksikan perkembangan
baik buat Pakatan Rakyat apabila dua peti undi majoriti orang Melayu
berjaya dimenangi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata,
kemenangan dua peti undi di Sungai Sekamat dan Kantan Permai
menggambarkan Pakatan Rakyat berjaya mengembalikan sokongan daripada
pengundi Melayu.

“Ini satu berita yang menggembirakan, satu perubahan yang luar biasa,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat perlu melihat kembali terhadap
penurunan undi kaum Cina kepada mereka dalam PRK ini.

Katanya, yang tidak menolak pengundi di kawasan Cina agak menurun
khususnya di saluran anak muda berkemungkinan mereka tidak ada di
dalam kawasan.

“Mungkin mereka merasakan tidak penting untuk kembali. Dan kita perlu
lihat kedudukan sebenar perkara ini,” katanya ketika ditemui di Pusat
Penjumlahan Undi di Stadium Bangi malam tadi.

Mengulas berhubung dakwaan mengatakan PAS memboikot PRK Kajang, Hatta
menafikan bahkan menjelaskan jentera PAS mula bergerak sejak awal lagi
sebaik sahaja penamaan diumumkan.

Malahan katanya, PAS diberikan peranan besar di beberapa peti undi
khususnya di kawasan Melayu.

“Tiada boikot sama sekali, malah kita buat yang terbaik,” katanya yang
juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Justeru katanya, walaupun undi untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail menurun tetapi pencapaian peratusan undi kali ini meningkat
kepada 65 peratus.

SUNGAI SEKAMAT
BN/MCA : 1603
PR/PKR : 1667
UNDI ROSAK : 0
MAJORITI : 64 MENANG

KANTAN PERMAI
BN/MCA : 1031
PR/PKR : 1351
UNDI ROSAK : 24
MAJORITI : 320 MENANG

Pada ana, tak boleh kita nak nilai dua kawasan ini sahaja. Tak boleh.
Kena tengok secara keseluruhan.

Kalau setakat menang 64 undi dan 320 undi, kita bukan main nak jual
bahawa kita sudah dalam perjalanan ke Putrajaya, memang kita ini syok
sendiri.

Pada ana, apa yang berlaku menunjukkan kita masih belum kuat. Ini tara
Anwar Ibrahim ada depan mata. Kalau dia duk dalam penjara, ingat orang
Melayu nak bagi undi kat kita?

Apa jadi selepas ini?

Mampukah Kak Wan kotakan janji nak beri kita jawatan Timbalan Menteri
Besar, Speaker DUN, Pengerusi dan keseluruhan bajet Yayasan Selangor,
5 orang director di PKNS? Jadi ke?

Kita jangan lupa tuntut ini semua. Sehingga ke lubang cacing kita akan tuntut.

Advertisements