Dalam kajian mantap yang dibuat oleh UNISEL, nampak nyata Kak Wan yang
jelita akan memenangi PRK Kajang dengan undi yang cukup tinggi. Kalau
UNISEL kata hampir 80 % pengundi sudah siap untuk mengundi Kak Wan,
penggerak kita di bawah kata BN akan bernasib baik kalau dapat 3000
undi. Itupun undi kalangan mangkuk hayun yang buta hati.

Keyakinan bukan sebab kita bongkak dan takbur. Ini berdasarkan fakta.
Walaupun jentera BN beria mengatakan peniaga Melayu tolak PKR, ini
semua wayang. Peniaga semuanya jenis pasang siap. Memang dibayar untuk
maki hamun.

Sekarang ini kita patut tumpu apa jadi selepas menang? Ada pertukaran?

Apa yang diharapkan oleh PAS, kena beri sedikit ruang untuk PAS
bernafas di Selangor ini. Jangan pinggir kami.

Jawatan Timbalan Menteri Besar mesti segera disiapkan untuk PAS.
Speaker pun seeloknya tukar dan beri pada PAS. Dua ini kita mahu dulu.

Dalam masa sama, kita juga mahu kalau boleh MB buang Saifuddin
Nasution al-Kencingi daripada pejabat MB. Kata nak tolong PAS. Haramm.

PAS juga mahu Mat Taib dijadikan Penasihat Ekonomi Negeri menggantikan
Anwar Ibrahim. Mat Taib dah lama di Selangor. Memang layak dia di
situ. Beri gaji RM40000. Bukan RM1.

Kak Wan tak payah turun kempen lah. Kalau Kak Wan duduk rumah,
nyanyikan cucu pun masih boleh menang.

Setakat bawa ZUMBA ke Kajang….memang jadi ZOMBIE lah jawabnya.
Puteri UMNO yang dah nak menapous pun menari macam perempuan ronggeng.
Apa nak jadi. Berapa nak jual? Ana tak mahu beli lah. Hutan serabut.