Bila kuat orang PKR di Kajang suruh kita jerit dan kempen bahawa
mereka bukan pilih ADUN Kajang, tetapi bakal Perdana Menteri Malaysia
– sekuat itu jugalah perut ana memulas dan rasa nak melabur di tandas
surau.

Bukannya apa, jangan cerita pasal PM lah, kalau Pak Sheikh kita tak
ada. Betul, Wan Azizah itu hati budinya baik, pekertinya bagus, tetapi
kita nak cari Perdana Menteri. Bukannya calon isteri.

Yang kuat nak jual Wan Azizah sebagai PM ini adalah budak DAP. Mereka
yang suruh kita jerit kuat-kuat bahawa Kak Wan adalah calon Perdana
Menteri.

Pada ana, ini kesimpulan yang sangat tidak tepat.

Wan Azizah tak patut dicanangkan sebagai PM pun. Kalau Menteri Besar, mungkin.

Kita kena tengok sejarah lama, tahun 1999 (ketika mana Wan Azizah jadi
ikon politik pun – yang menang banyak di Parlimen adalah parti Pas).
DAP menang 10. Kita menang 27. PKR menang 5 kerusi.

Itu tara kita rembat Mahathir tak cukup tanah. Mahafiraun. Mata lebam.
Habis segala cerita dalam kain Mamu Mahathir kita buka, itupun PKR
menang 5 kerusi.

Tahun 2004, Wan Azizah sendiri kena recounting 3 kali sebelum menang
590 undi. Menang nasib sungguh. Lain kerusi PKR jahanam.

Kita pun hilang 20 kerusi. 20??? Sebab? Sebab parti jahanam DAP dok
main politik bodoh.

DAP menang 12 kerusi.

Dua kali PRU, satu hampir kalah pun Wan Azizah nak dijual jadi PM???

Pergi masuk MaharajaLawak boleh?