http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26431-wan-azizah-wanita-solehah-pemimpin-kredibiliti-lim-guan-eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada satu program ceramah di
Stadium Kajang berkata, Wan Azizah bukan sahaja mempunyai kredibiliti
yang baik tetapi turut merupakan wanita solehah.

“Saya lihat Wan Azizah ini merupakan seorang wanita solehah dan
pemimpin yang mempunyai kredibiliti.

“Ini peluang terbaik untuk penduduk Kajang memilih pemimpin dan
seterusnya menolak Barisan Nasional (BN) pada kali ini,” ucap beliau
di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

Menurut beliau lagi, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRK Kajang
merupakan satu isyarat kepada BN agar mereka tahu dan sedar penolakan
yang dilakukan rakyat akibat dari sikap mereka sendiri.

“Kemenangan kita merupakan isyarat bahawa rakyat menolak BN adalah
kerana kesilapan mereka dalam usaha menjaga hak rakyat.

“Kita juga menunjukkan kemenangan ini sebagai kesediaan kita untuk
mengambil Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Bila Guan Eng mengatakan Kak Wan wanita solehah, ada sekumpulan
penyokong kita di belakang pun jerit – ‘Anta Pun Pemimpin Soleh Guan
Eng; Anta Khalifah Kami’.

Ana pun menoleh ke belakang. Hebat orang kita. Sampai Guan Eng pun
sudah boleh diangkat sebagai pemimpin soleh. Bila ana berbual dengan
kumpulan ini, mereka asal Pulau Pinang. Dapat duit DAP untuk bantu
kempen.

Patut lah…ada masyuk. Apa pun jadi.

Advertisements