Ramai kawan-kawan kita di Kajang rasa semakin bersemangat untuk
memberi kemenangan kepada Wan Azizah di Kajang. Hubungan Kak Wan dan
kita memang akrab dan santun. Susah nak cari bini macam Kak Wan.
Apapun orang kata, video, bukti, jam tangan, spender, air mani, tilam
– Kak Wan tetap di samping suami tercinta.

Ini sebenarnya ciri idaman wanita semua orang. Ana kalau dapat isteri
ketiga, insya’Allah nak cari muka macam cina seperti Kak Wan. Kalau
isteri pertama, kedua benarkan, insya’Allah ana akan bernikah lagi
satu.

Pada ana, Kak Wan adalah calon yang baik. Dia tidak benci Pas. Kak Wan
hormat ulama’. Kak Wan ini politiknya lebih santun dan manis
berbanding Anwar.

Pada hemat ana, Kak Wan akan wujudkan stabiliti di Selangor, dengan
mencadangkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar bagi membantu Khalid.
Seorang PAS. Seorang DAP. Ini baru adil.

Pada ana, tak kisahlah siapa MB, tetapi biarlah ada adab untuk
membantu PAS menang dalam PRU akan datang.

MB Khalid ada kesungguhan itu. Blogger macam ana pun dia ada beri duit
sedikit. Macam inilah bagus.

Bak kata Setiausaha Politik MB Kelantan:-

Meskipun di sebalik Langkah Kajang itu pelbagai isu bakal dibangkitkan
untuk menarik pengundi, apa yang penting kini, seluruh tenaga Pakatan
Rakyat dan waktunya harus ditumpukan bagi memenangkan Dr Wan Azizah.

Kemenangan amat bermakna dalam memastikan segala-gala kebobrokan
politik kerajaan BN hari ini harus ditolak oleh majoriti rakyat.
Jadikan keputusan daripada  pilihan raya kecil Kajang ini sebagai
tanda aras amaran rakyat, menerima atau menolak Langkah Kajang.

Sekaligus ia menatijahkan pengiktirafan rakyat kepada Wan Azizah,
penerus Langkah Kajang selaku ikon kepimpinan yang amat tabah dan
begitu teruji dalam menghadapi segala macam cabaran perjuangan.

Manis wajahmu Kak Wan; sentiasa dalam ingatan.