Mahkamah Rayuan rayuan hari ini memutuskan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara panel hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan tetapi Anwar bangun dan minta mitigasi dijalankan sekarang.

Hakim Balia berkata, beliau akan memberi masa dan mitigasi akan dibuat dalam tempoh satu jam.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya dilihat keluar dari bilik mahkamah sejurus keputusan dibacakan.

Tidak berapa lama kemudian, mereka dilihat masuk kembali.

Di pintu belakang bangunan mahkamah pula, jumlah penyokong Anwar dilihat semakin ramai.

AMACAM? APA PENDIRIAN KITA?

Pada ana, ini peluang PAS nak letak kita sebagai rakan penting dalam Pakatan. Tanpa Anwar, kita patut pegang kuasa yang lebih besar.

Ana daripada dulu konsisten kata, kita sudah perlu keluar daripada bayang-bayang buruk sodomi dan liwat ini. Kena keluar segera.

Nampaknya, QADA dan QADAR dah menentukan apa jalan politik kita yang sebaiknya.

Bukan kita tak sayang kawan bro. Masa dia senang, dia ingat kita?

Nak faraid jawatan pun dia tak ingat kita.

Sekarang ini, masa kita nak betulkan keadaan. PAS kalau tak pandai guna situasi politik ini memang kita jadi pak turut sampai bila-bila.

Cuba matang sikit dan politik. Boleh tak?

Advertisements