Ana nak ucap tahniah kepada pihak kehakiman yang nak percepat
keputusan perbicaraan kes liwat. Elok begitu. Cepatkan. Mudah rakyat
nak buat keputusan siapa yang patut mereka sokong dalam PRU14.

Ana bukannya apa, dah berbelas tahun masyarakat kita ini dengar isu
liwat, air mani, seluar dalam, menonggeng, hisap, cium, karipap. Ana
rasa, kita sudah hilang satu generasi dengan cerita liwat ini.

Kalau betul Pak Sheikh kita buat, dia kena hukum. Tang dia kena. Tang
akhirat pun kena. Kalau dia tak buat, dia terus jadi leader kita dalam
pakatan. Itu sahaja.

Pada ana, imej parti kita pun dah terlalu lama diliwat oleh kes liwat.
Elok-elok kita nak perjuangkan Islam, liwat punya pasal, kita konar
baring.

Pada ana mudah sahaja. Kes liwat ini dosanya besar. Elok kalau
mahkamah buat keputusan cepat, supaya fitnah pun tidak berkocak dalam
masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada
kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat
kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang
melampaui batas”.Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada
berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat)
dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
(mendakwa) mensucikan diri”.Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya
(serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari
orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan
hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat
orang-orang yang melakukan kesalahan.

Dalam hadith:-

Nabi saw bersabda: ” Sesiapa yang kamu dapati melakukan jenayah kaum
Nabi lut hendaklah kamu bunuh orang yang meliwat dan orang yang
diliwat.” Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan tirmizi.

Ana tak mahu takwil apa-apa. Mahkamah patut buat keputusan cepat.

Dah tepu otak anak-anak ana dengan cerita liwat liwat ni. Lakhanat sungguh.

Advertisements