Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

“Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN,” katanya.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003. “Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.

“Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat. “Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari,” katanya.

Ana peduli apa kalau Mahathir nak belasah Najib pun. Baguslah. Memang itu pun yang ana selalu doa dan harapkan. Lebih banyak Mahathir kutuk Najib, lebih cepatlah tersadungnya mereka yang tidak sepatutnya memimpin.

Cuma dalam bab BR1M ana rasa Mahathir sudah silaplah. Pada ana, kalau tak kerana BR1M, BN sudah tumbang. Kalau tidak kerana BR1M, ana fikir beberapa perkara pasti akan berlaku:-

  • Mahathir masuk mahkamah salah laku sewaktu menjawat jawatan PM
  • Mirzan Mahathir masuk mahkamah
  • Mokhzani Mahathir masuk mahkamah
  • Marina Mahathir masuk PKR
  • BN dah terlangkup
  • Daim taja orang PKR
  • Mukhriz tak tahulah jadi apa

Masalahnya, mamak Mahathir ini ingat semua orang Melayu ini macam anak beranak dia. Kaya raya. Tak perlu bekerja. Duduk terkangkang tunggu duit masuk dalam bank.

Yang heboh dengan BR1M ini sebab apa?

Mahathir macam tak biasa. Dia dulu pun buat stimulus package. Konon siapkan RM7.3b untuk bantu ekonomi.

Sudahnya RM7.3 b pergi ke mana? Company Mirzan. Company Mokhzani. Company Mukhriz.

Kalau Najib nak bagi rakyat seramai 7.3 juta orang; banding dengan 7.3 bilion untuk 3 orang (anak beranak) jadi dosa???

Cuba kita tengok apa Mahathir buat dulu?

* Economic package worth RM7.3 billion.
— RM1.7 billion to come from the Federal budget.
— RM2.0 billion from Bank Negara Malaysia.
— RM3.6 billion from financial institutions like Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Malaysia and Bank Pembangunan Infrastruktur dan Industri would come up with RM3.6 billion.

Sudahnya, siapa yang dapat? Anak beranak dia juga.

BR1M kalu, dapat juga ana orang Pas ni rasa duit cukai.