Apa yang didedahkan oleh Rafizi mengenai permintaan Zaid untuk
meluluskan usaha tanah rakannya kepada Penasihat Ekonomi adalah satu
petanda bahawa PKR ini tahap najisnya tak jauh dari parti lain yang
kita hina.

Ana urut dada, kalau orang kaya macam Zaid Ibrahim pun masih main
peranan broker, jawabnya PKR ini tidak ada kurangnya berbanding orang
lain.

Ana tidak kata kerajaan kelantan, Kedah dahulu adalah yang terbaik dan
sifar rasuah. Ana ada dengan cerita. Tetapi setakat cerita. Tidak ada
sangatlah email dan benda-benda bodoh yang mengkantoikan diri sendiri
macam Rafizi vs Zaid Ibrahim.

Anwar, Azmin, Rafizi, Zaid, Dr Mansor, Wan Azizah, Izzah – semua yang
dalam PKR ini pada ana, kalangan mustakbirin (angkuh dengan kuasa dan
kekayaan).

Mereka ini bawa watak politik seperti Fir’aun, Namrud dan Qarun di
dalam Al-Qur’an yang disifatkan sebagai mewakili golongan yang
bongkak, angkuh dan sombong, yang dikenali sebagai golongan
mustakbirin. Kehadiran golongan ini memang mempunyai kesahihan
sejarah, dan bukan khayalan dan rekaan sesiapa. Umumnya, golongan
angkuh-sombong ini mempunyai pola fikir dan watak yang typical yang
sentiasa mewarnai mentaliti manusia-manusia yang seumpama mereka di
sepanjang zaman dalam sejarah manusia.

Golongan bongkak dan angkuh ini muncul kerana terlalu asyik dilimpahi
nikmat kekuasaan dan kekayaan, yang kemudiannya mewujudkan semacam
suatu fenomena istikbar, sikap angkuh dan bongkak, lalu melakukan
pendurhakaan dan merasakan diri mereka menjadi tuhan. Dr Siddiq Fadhil
seterusnya menjustifikasikan fenomena ini dengan mengambil iktibar
sejarah pertembungan di antara Fir’aun dan Nabi Musa a.s. seperti mana
yang dirakamkan di dalam Surah Zukhruf, ayat 51-56.

asy-syahid Sayyid Qutb di dalam tafsirnya, Fi Zilal li ‘l-Qur’an (Di
Bawah Naungan Al-Qur’an), amalan memperbodohkan orang ramai bukanlah
sesuatu yang pelik. Fenomena ini biasa dan lumrah dilakukan oleh para
penguasa yang curang dan zalim. Yang pertama mereka lakukan ialah
memencil dan mengasingkan rakyat dari segala saluran yang membawa
maklumat yang benar (makrifah). Sekaligus mereka menutup pintu
kebenaran (haq) dan menyembunyikan fakta sehinggakan mereka sendiri
terlupa tentang fakta-fakta tersebut. Maka dengan itu mudahlah para
penguasa zalim itu mengendali dan memperbodohkan rakyat mereka.

PKR sedang sibuk membodohkan rakyat – dan silap2 dengan kita sekali
akan diperbodohkan. Mereka kaya. Mereka rasuah.

Astaghfirullahalazim.