Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat laporan
polis di Balai Polis Kulai berhubung sekatan memasuki Sarawak oleh
Pejabat Ketua Menteri dan Jabatan Imigresen Sarawak.

Menurut Mazlan, tindakan menyekat beliau masuk ke Sarawak atas alasan
keselamatan tanpa menyatakan jenayah apa yang dilakuakan adalah
tuduhan jahat yang menjatuhkan reputasi beliau.

“Ia bermotif politik bagi melindungi kegiatan Ketua Menteri dan
Kerajaan Sarawak yang merampas tanah rakyat dan menghalau mereka
keluar secara zalim,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar
dan Hal Ehwal Orang Asal ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan
Terbang Sibu pada jam 11.25 pagi Sabtu lalu.

Mazlan berkata, beliau yakin sekatan ke atasnya itu ada kaitan dengan
Perhimpunan Tanah Sarawak mengenai hak-hak tanah yang dirasmikan oleh
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Beting Maro.

Pada ana lah, Mazlan Aliman jangan jadi hero kampung dalam isu ini.
Dia kena tahu, orang Sarawak lain daripada orang jawa Johor. Orang
Sarawak lain daripada orang Banjar di Tanjung Karang. Orang Sarawak
lain daripada orang asli di Perak. Mazlan Aliman jangan main politik
mangkuk hayun di Sarawak.

Mudah kata, pada ana, kalau Pas nak maju di Sarawak, kita kena cari
ikon tempatan. Orang tempatan yang boleh bawa imej Islam yang
progresif. Memang susah nak cari dalam Pas. Yang ada dalam ABIM.

Kalau cakap soal strategi, ana rasa, kita kena pinjam orang ABIM untuk
jadi kepala Pas di Sarawak. Orang ABIM ini bijak daripada kita. Mereka
ada stail politik yang tinggi skit daripada kita. Mereka yang sesuai
dengan politik Sarawak.

Ana tulis terus terang sahaja. Kalau nak import Mazlan Aliman ke
Sarawak, bawa hujah politik bodoh dia, tak kemana lah kita. Buat orang
menyampah lagi ada.

Sebab itu ana nak cakap pada Mazlan, jangan jadi hero lah. Jangan buat
orang benci kepada Pas. Enta bukan ada hebat apa pun Sheikh. Duduk
dengan blogger pun, blogger yang bayar teh tarik. Sibuk nak cakap
pasal tanah di Sarawak.