Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKP) akan mewujudkan
‘Tabung Murabitun’ bagi menampung keperluan petugas parti sepenuh masa
dan ahli-ahli yang kurang berkemampuan.

Pengerusi LKKP, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dalam pada melakukan
kebajikan kepada masyarakat, LKKP akan turut memberikan perhatian yang
serius kepada kebajikan ahli sendiri.

Beliau berkata, tabung khusus untuk menyokong pendapatan petugas parti
amat penting supaya mereka tidak berasa diabaikan dan dapat
melaksanakan tugas parti tanpa gangguan masalah kewangan.

“Tabung murabitun ini khusus untuk menampung keperluan petugas sepenuh
masa PAS, untuk keperluan ahli keluarga mereka dan duit tabung juga
akan disalurkan kepada ahli yang menghadapi masalah kewangan untuk
membantu parti.

“Kita tidak mahu lajnah kebajikan hanya membantu masyarakat di luar
sedangkan kebajikan petugas dan ahli kita sendiri terabai. Tabung ini
memang khusus untuk keperluan petugas parti,” katanya pada Retreat
LKKKP di Hotel De Palma, dekat sini semalam.

———————————–

Tabung tabung ini, memang sinonim dengan perjuangan kita. Sikit-sikit
tabung. Sikit-sikit tabung. Lepas kolek duit entah pergi mana.

Pada ana, kita kurangkanlah tabung-tabung murabitun ini, yang akhirnya
digunakan oleh kumpulan musibatun untuk kayakan diri sendiri. Tabung
ke mana. Kebajikan ke mana.

Kita tak boleh terus nak bohong-bohongkan ahli dengan benda yang belum
tentu. Ana tahu dan puji dengan sikap MB Selangor yang lama (Khalid
Berahim) yang sudi nak beri RM5 juta kepada Tabung Murabitun. Sudahnya
nanti ke mana RM5 juta ini? Musibat-musibat ramai juga dalam parti
kita ini. Ana terus terang sahaja.

Bukan kita tak ingat apa jadi Tabung Memali. Bukan kita tak ingat
dengan tabung pilihanraya yang tak pernah diaudit pun pergi ke mana.

Benda macam inilah yang merosak dan menjahanam parti.

Jangan guna kebajikan ahli sebagai sebab nak kumpul duit poket
sendiri. Ana pun ahli parti. Yang ana terima BR1M. Ana tak pernah
terima pun Tabung Murabitun.

Siapa jaga akaun? Siapa pantau? Siapa tengok?

Benda kalau setakat RM50 memang tak heran. Tapi kalau dah Khalid
Berahim (mantan MB) beri RM5 juta. Gelap mata juga Sheikh.