Sejumlah 56 peratus daripada 576 responden yang ditanya oleh Pusat
Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) mengatakan Pilihan Raya
Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini, wajar diadakan.

Sebaliknya hanya 32 peratus menyatakan ianya tidak wajar dan bakinya
12 peratus adalah tidak pasti.

Anwar sebagai MB

Hasil kajian itu juga menunjukkan bahawa 59 peratus responden
mengatakan wajar diadakan PRK Kajang bagi membolehkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya hanya 18 peratus mengatakan tidak dan 24 peratus memilih tidak pasti.

—————————————-

Pada ana, kajian UMCEDEL ini ibaratnya macam kita buat onani
sahajalah. Syok sendiri. Apa? Eleh, macam tak biasa. Sebelum kita
masuk PAS, kita pun lalui zaman jahiliyah juga. Janganlah berlagak
macam kita tak ada dosa.

Ana bosan dengan kajian UMCEDEL ini kerana ianya dilakukan sebab boss
UMCEDEL nak dapat perhatian media sahaja. Tak lebih daripada itu.
Kemaruk masuk blog dan portal.

Yang ana naik angin tu, tak ada pulak kajian menentukan siapa di
kalangan pimpinan PAS yang layak jadi MB. Nampak sangat PKR bayar
mereka untuk buat kajian tahap budak STPM ini.

Pada ana, kajian UMCEDEL ini adalah kajian bodoh lagi longgar, hanya
berniat nak melambung dan membodek Anwar sahaja.

PAS tak perlu nak risau sangat dengan kajian bodoh seperti ini. Kita
pun kena tahu strategi.

Andai Anwar Kalah?

Pada ana, kalau Anwar kalah itu lebih layak dikaji? Apakah kalau Anwar
kalah, PKR masih mahu jadi MB? Nak kekalkan Khalid pula?

Pada ana ini semua kerja bodoh. Kalau PKR kalah di Kajang, kerusi MB
mesti diserahkan kepada PAS. Itu patut jadi kempen kita di Kajang.