Ana memang selalu kata, kalau sudah jadi orang UMNO itu, tidak mungkin
ianya dapat dibersihkan dengan apa-apa cara sekalipun. Kalau
ibaratnya, dicuci dengan air tanah sekalipun, busuk rasuahnya tetap
ada.

Ana tak tahu apa strategi Anwar nakkan Mat Taib di Selangor. Pada ana,
dia hanya seorang tua yang terlalu banyak rasa bersalah kerana banyak
mengaut harta rakyat sewaktu jadi pemimpin di Selangor.

Mat Taib dan Khir Toyol tidak ada bezanya. Sama. Serupa. Rasuah.

Bilamana kita nak guna orang rasuah sebagai pemimpin negeri, inilah
jadinya. Rosak segala macam.

Mat Taib sepatutnya hanya jadi ahli biasa PAS, dan berikan sokongan
kewangan yang berterusan. Kata seorang teman rapat dengan Mat Taib,
setakat ini Mat Taib hanya baru beri derma setakat RM300 ribu untuk
Pas. Apalah sangat dengan kekayaan dia yang jauh melampau-lampau tu.

Sekarang ini nak baik dengan Anwar pula? Tinggal Pas?

Memang jenis bangsa tidak kenal dek untung. Busuk rasuah dia belum
hilang, kita bentang permaidani hijau masuk Pas. Terus hilang dosa
lama. Ini sudah tidak sedar diri semula. Jahanam punya kaki.

Ana harap Pas Selangor boleh beri amaran pada Mat Tyson ini. Kalau nak
sangat bantu Anwar, keluar dari Pas dan masuk PKR. Mudah.

Kita pun tak mahu hancing dan hamis Mat Taib tersangkut di jubah dan
serban kita. Patut halaukan ajer.

Advertisements