Mulalah macam-macam cerita di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila
khabar mendapat peruntukan RM1.5 bilion untuk bekalan air jadi cerita
di warung-warung dan lobi hotel. Berapa banyak pengarah syarikat yang
sudah mengidam untuk tukar kereta, tukar bini, tukar rim, tukar rumah,
tukar segala macam.

Berita bilion-bilion ini memang jarang didengar di Kelantan. Sebab itu
ianya menjadi tarikan. Sampai tok bilal kampung pun dah mula sebut
tentang komisen 3 %.

Sepatutnya kita terima kasih dahulu kepada kerajaan Najib yang sudi
nak beri Rm1.5 bilion. Terima kasih tak salah.

Hanya dengan satu pertemuan dengan Najib, MB Kelantan sudah dapat
tarik RM1.5b untuk rakyat. Ini macam baru MB yang baik dan berkesan.

Bukannya asyik beri ceramah agama dan imamkan solat. Pemimpin kena
memimpin. Tak boleh buat bodoh dengan masalah rakyat.

Itu belum masuk RM3 bilion yang Daim janji nak bawa masuk.

Kalau campur, dah dekat RM4.5 bilion. Hebat MB Kelantan.

Untuk makluman abang-abang semua, jangan mimpilah nak dapat komisen
projek air ni. Bukan kerajaan kita yang urus. PAAB. Perbadanan yang
susun. Boleh kalau nak dapat surat sokongan MB, tapi nak dapat
susahlah sedikit.

Janji kita dapat air yang bersih sudohlah abe wei. Jange nak mimpi hok
komisen lain-lain yang buke milik kita nyo.

Ana mudah sahaja. Kerajaan Persekutuan ana cakap namaste. Thank you.
Syukran. Undi tidak lah. Setakat itu sahaja.

Pada ana, itu tanggungjawab kerajaan persekutuan. Kita pun rakyat
juga. Berhak untuk dapat kualiti kehidupan yang lebih baik.