Benda yang betul, kita kena puji dan lambung seeloknya. Ana nak puji
Menteri Besar Kedah kerana berjaya melaksanakan program yang macam itu
punya besar. Walaupun kita tahu Mukhriz berlakon sahaja dengan jubah
dan selipar, konon nak nampak zuhud dan rendah diri, tapi lakonan itu
nyata menjadi. Tahniah.

Ana puji sebab keluarga ana di Kodiang pun pakat pergi ramai-ramai.
Siap sewa bas lagi. Bukan bajet MB. Tapi bajet sendiri. Ana senyum
sahajalah. Takkan nak halang orang pergi berselawat. Buruk sangat
perangainya.

Apa yang ana nak beritahu, Mukhriz ini sedang menempa jalan politik
yang sangat baik. Letih kita di Kedah kalau dia terus dengan program
macam ini. Letih.

Ana dah pesan banyak kali, PAS Kedah memang lembab bab mengatur
strategi. Mahfuz bukan ada otak nak saing Mukhriz. Dia ni jenis tak
sekolah. Rembat isu pun selalu tak berapa nak kena. Yang susah kita.

Pada ana, Mukhriz sebenarnya sudah menempah jawatan TPM dengan program
sebesar itu. Abang Din @ Muhyiddin Sembab al-Poyo pun tak pernah mampu
buat program sebesar itu sewaktu jadi MB Johor. Kalau TPM, apatah
lagi. Jauh panggang dari api.

Pada ana, Mukhriz patut lawan Timbalan Presiden UMNO selepas daripada
ini. Jangan setakat Naib Presiden. Pergi lawan Timbalan Presiden.
Bukan ana nak menyibuk dengan hal parti lain, tetapi kalau kita ada
peluang dapat pemimpin seperti Mukhriz, apa salahnya kita beri
sokongan.

Sewaktu program di Stadium itu, ana dapat jumpa ramai aktivis PAS
Kedah yang hadir. Mereka pun geleng kepala dengan kemampuan Mukhriz.
Pada mereka, anak Mahathir ini boleh tahan juga kemampuannya.

Pada ana, kalau tak hati-hati, PAS Kedah boleh baca WASSALAMU kepada
politik Kedah. Hancur harapan nak menang balik kalau lagu ni Sheikh.