Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba Daim Zainuddin diberikan ruang
super-istimewa untuk bertemu dengan MB Kelantan. Pada ana, tidak ada
dosa untuk MB Kelantan bertemu dengan Daim. Tak ada haramnya pun.

Kalau TG Nik Aziz boleh berlaga pipi, cium kening Lee Kuan Yew sewaktu
lawatan Cina Kopet itu ke Kelantan, apa salah kalau MB Kelantan tunduk
dan hampir cium tangan Daim Zainuddin.

Daim itu levelnya Tun. Paling tinggi. Tak salah tunjuk hormat.

Ana tak faham apabila kumpulan Husam mula serang MB Kelantan dan sebar
cerita bahawa Kerajaan Negeri sedang ditenderkan untuk dibeli oleh
Daim Zainuddin, Syed Mukhtar al-Bukhary, Mahathir Mohamad dan
lain-lain pemimpin yang kaya raya. Kalau kita tak pandai mengurus
kewangan, memang kita menempah maut politik yang berpanjangan.

Kalau Pejabat MB Kelantan ada saing di kalangan orang kaya UMNO, pada
ana itu adalah sesuatu yang positif. Barulah ada konsensus nasional.
Bukannya Anwar, saifuddin Nasution sahaja yang pandai buat deal.

Ana nak nasihatkan Husam Musa dan Konco-Konconnya yang ada di
Kelantan, yang ada di Putrajaya, yang ada di kelab-kelab malam di
Thailand, jangan ganggu MB Kelantan nak deal dengan mana-mana pihak
pun.

Dia MB. Dia tahu nak buat apa.

Kalau kita nak kerjasama dengan syaitan pun tak salah. Tok Guru pernah
cakap dengan kita. Jadinya…apa salah kalau nak kerjasama dengan
Daim, Mahathir, Mukhriz dan lain-lain.

Pada ana, MB Kelantan ini cekap juga orangnya. Pandai cari peluang.
Ada staff Pejabat MB beritahu ana, Daim janji untuk bawa masuk projek
hampir RM3 bilion ke Kelantan dalam masa terdekat, menyediakan peluang
pekerjaan kepada hampir 4000 orang rakyat Kelantan.

Apa salah? Berdosa ke? Kalau nak ikut dosa, Husam sponsor orang pergi
kelab dan karaoke tu lagi berdosa sheikh!

Advertisements