DatukJoharBlog ini terima email yang agak banyak daripada kakitangan Amanah Raya Berhad dua tiga hari ini. Berani pula mereka ini pakai email rasmi. Tak sorok langsung.
Mereka melahirkan rasa kurang senang kerana ARB sedang berhadapan dengan sindrom ketakutan. Takut sebab banyak orang nak kena cantas, atas alasan kononnya Najib suruh Pengerusi Baru buat pembersihan.
Staff ARB kata, ada suara-suara dari luar yang mempengaruhi keputusan di ARB. Pengerusi nampak tak ada pendirian. Nak main politik dalam ARB.
Dalam pada mereka balun PKR konon nak siksa pekerja PKNS, rupa-rupanya ada trend sama nak berlaku di ARB. Tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menamatkan  kontrak perkhidmatan pekerjanya secara serta-merta dianggap melanggar  Akta Kerja 1955.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdullah  Sani berkata, PKNS melanggar Seksyen 12 apabila gagal mematuhi kerangka  dasar yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan  khidmat pekerja.

 

“Perbuatan ini salah di sisi undang-undang. Kalau nak buat pemberhentian atau skim berhenti-paksa (VSS) kena ada kerangka dasar.

Ada email turut mengatakan ada staff Chairman yang dah mula gila-gila cari projek dalam ARB. Turun ke segenap bahagian. Tanya apa yang ada boleh beri kepada boss dia.

Nampaknya, selepas letak penyamun tarbus di Tabung Haji, penyamun juga diletakkan di ARB.

Mereka janji akan hantar banyak lagi cerita. Ana akan siarkan. Ini cerita rakyat. Ana hanya penyampai.

Mereka kata ARB sudah bagus dipimpin oleh Dusuki. Semuanya nampak teratur dan islamik.

Advertisements