Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat  bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh  Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin  bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja  Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan  tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi  peningkatan kos sara hidup.

“Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka  harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat  bantuan tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

“Golongan itu hendaklah mencari kerja sambilan terlebih dahulu, dan kita akan menyumbang sebanyak RM35 sehari.

“Jumlah tersebut boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut,” katanya.

Program Baucar Kerja menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar  yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak  bekerja.

Kalau setakat nak buat PILOT PROJECT untuk 100 orang, tak perlulah sangat nak keluar kepada media. Buat orang marah sahaja.

Dah dapat statistik berapa jumlah sebenar berpendapatan bawah RM3000 di bandar? Dah buat survey?

Ini macam projek nak bagi duit free kepada ahli keluarga sahaja.

Advertisements