http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/25396-prk-kajang-dan-suhaizan-yang-cool

Mereka cuba memerangkap Suhaizan dengan menggambarkan PAS sebagai rakan yang ditinggalkan KeADILan. SUhaizan didesak untuk respons kepada soalan yang sewajarnya dihalakan kepada strategis KeADILan.

Dan Suhaizan menunjukkan sikap terbuka dan jiwa besarnya apabila menjawab penuh ketenangan, langsung tidak gopoh atau beremosi walaupun diasak, malah cuba direndah-rendahkan. Saya lebih suka perhatikan mimik mukanya berbanding jawaban atau sanggahan Suhaizan.

Saya tidak melebih-lebih jika merumuskan bahawa Suhaizan memang kelihatan cool dan bersahaja. Sesekali beliau mengusik dua penalis tadi yang nampak tidak puas hati mahu menyerangnya.

“Suhaizan terpaksa jadi jurucakap KeADILan dan Anwar pula,” saya mengusik  rakan baik Suhaizan melalui SMS. “Kenapa RTM tidak panggil Rafizi Ramli ataupun Saifuddin Nasution Ismail jika mahu mendapat penjelasan langsung persoalan PRK Kajang,” saya menambah tanpa mengharapkan reaksinya, menyedari nama Rafizi banyak kali disebut.

Meskipun episod awal PRK Kajang ini turut mendebarkan emosi penyokong Pakatan — walaupun pertembungan nanti diyakini dapat dimenangi Anwar — namun saya yakin selepas rasional diperincikan, aktivis ketiga-tiga parti, termasuk PAS dan DAP, akan lebih bersemangat untuk kembali menjayakan road-map ke Putrajaya.

“Berdasarkan forum RTM tadi, saya bagi empat bintang kepada Suhaizan tetapi yang agak mencacatkannya bila  dia nampak terlalu bergantung dengan hujah Rafizi. Saya yakin dia ada rasional sendiri yang lebih meyakinkan tapi terpaksa menghormati rakan-rakan dalam KeADILan,” ulas seorang rakan saya, juga bekas aktivis PMUTM, yang sama-sama mengenali dari dekat Suhaizan.

———————-

Pada ana, Suhaizan gagal malam itu. Gagal pertahan PAS dan lebih kepada menjaga hati PKR dan Anwar Berahim.

Kita semua tahu, Arman Azha bukan pemikir. Ini pemimpin pemuda umno yang kosong otak. Tak boleh pakai. Tapi nampaknya, hanya dengan gertakan Arman pun, Suhaizan dah goyang. Kelam kabut.

Tidak ada yang cool kepada seorang Ketua Pemuda PAS yang terpaksa senyum pahit apabila termasuk dalam perangkap yang disediakan oleh UMNO/BN. Suhaizan tidak ada kemampuan pemikiran untuk berlawan dalam ruang bicara seperti itu.

Malang sungguh kita ada Ketua Pemuda yang tidak ada kemampuan intelektual. Kalau nak banding dengan Nazree Yunus nanti, kita pun tinggal jauh. Nasib badan. Salah pilih, inilah jadinya.