Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama ke Malaysia,  yang dijangka April ini bakal mengundang satu lagi demonstrasi bantahan  apabila kedatangan itu dipercayai bagi memuktamadkan Perjanjian  Perkongsian Trans-Pacific (TPPA).

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata atas sikap dan  pendirian SAMM sebelum ini, ‘sambutan’ atau lebih tepat, bantahan  terhadap kedatangan Obama itu akan diteruskan bagi menghantar isyarat  kepada pemimpin negara bahawa rakyat Malaysia tidak menerima TPPA.

SAMM, salah sebuah NGO di bawah gabungan Badan Bertindak Bantah TPPA, sebelum ini konsisten dengan pendirian bahawa perjanjian itu tidak mendatangkan manfaat yang besar kepada negara, sebaliknya hanya menjadikan Malaysia  sebagai budak suruhan AS.

“Bagi mewakili SAMM, yang juga berada  bersama-sama dalam Bantah TPPA, kita akan terus menggerakkan kempen  membantah kedatangan Obama ini, walaupun sebelum ini sudah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, demonstrasi dan kenyataan  media.

“Namun, nampaknya Malaysia masih hendak bawa Obama, jadi  kita akan menggerakkan kempen, mungkin pada Februari ini bagi meneruskan bantahan sehingga April ini, yang semuanya akan diperincikan  badan-badan lain di bawah Bantah TPPA,” tegas Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard kepada Harakahdaily, hari ini.

Siap sedia kita huru harakan seluruh KL dengan suara rakyat! Kita tentang Obama habis-habisan! Kita ikut Chegu Bard habis-habisan!

Pada ana, benda ini lebih jauh penting daripada kegilaan Pak Sheikh nak jadi MB Selangor. Kalau betul nak ke Putrajaya, ini lah jalannya. Kita perlu pastikan Najib malu kerana jadi pemimpin 47 % rakyat Malaysia.

Kita nak buat onar di muka kerajaan yang lembik dan kurang cerdik ini.

Pada ana, kita lupakan Kajang. Kita lupakan Anwar. Kita lupakan MB Selangor. Kita fokus kepada Obama. Ana harap mereka yang jadi pemimpin dapat pastikan bajet yang cukup untuk kita berarak habis-habisan. Masanya sudah tiba, rakyat perlu kembali berjuang menentang kezaliman TPPA.

PAS akan beri sokongan penuh. Tanpa berbelah bahagi.

Advertisements