http://msomelayu.blogspot.com/2014/01/kerajaan-kelantan-disaman-rm230-juta.html
Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan  Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang  mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.
Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak  RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya  berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan apabila  kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada  Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.
Peranan Husam menguruskan projek berkenaan ditarik balik dan diganti dengan orang lain apabila Ahmad Yaakub menjadi MB.
Ekoran itu pengurusan baru mengendali projek berkenaan telah  mengenepikan kontrektor dari Korea itu tanpa berbincang dan memikirkan  risiko di sebalik pembatalan itu.
Sumber tertentu memberi tahu syarikat Korea berkenaan telah menghantar  dua kali surat kepada pihak kerajaan Kelantan untuk berunding perkara  itu tetapi tidak dilayan. Khabar Exco yang ditugaskan menguruskan  pembinaan projek berkenaan tidak mahu melayani permintaan kontrektor  berkenaan atas alasan ia berurusan dengan orang lain.

Hari ini khabarnya kontrektor berkenaan telah mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM230 juta.
Masalahnya apa? Masalahnya Husam sudah ambil cengkeram yang agak tinggi untuk diguna dalam PRU yang lalu. Perbelanjaan PRU bukan sedikit. Itu sahaja modal yang ada pun.
Bila cengkeram dah ambil, mestilah kira macam akad dah tu. Bukan boleh main tarik diri last minit.
Sekarang ini nak jadi macamana? Husam ke mana? Syarikat Korea ke mana? Ecobound ke mana?
Pada ana, elok letak jawatan lah kalau tak boleh urus benda simple macam ini. Buat malu ja.