Alhamdulillah turut mendapat sokongan daripada Exco2 Agama Negeri2 dibawah Pakatan  untuk bersama YADIM menganj
urkan program BULAN DAKWAH demi menyemarakkan agenda dakwah Islamiah dan Islahiah tanpa mengira perbezaan ideologi  parti. Kelihatan dalam gambar YB Dato  Nasarudddin Daud Exco Agama Kelantan ( Pas ),  YB Abdul Malek Exco Agama Pulau Pinang ( PKR ),  YB Sallehin Mukhyi Exco Agama Selangor ( Pas )  dan Datuk Che Rahim Pengarah JAHEIK. Moga ini permulaan utk menjelmakan  masyarakat Malaysia yg lebih terbuka meletakkan kepentingan Islam  melebihi segala yg lain.
Ana cuma nak ingatkan kalangan Exco Agama Negeri PR agar tak seronok sangat bersalam, berpeluk dengan makhluk dua alam bernama Asyraf ini. Hati-hati.
Ana nak ingatkan, sewaktu dia tewas di Tumpat, apa benda yang dia tak balun Pas/Tok Guru/Haji Hadi. Semua benda dia bawak. Muka nampak warak, hati sangat kaudu.
Ana dimaklumkan oleh orang kita dalam JPM, Asyraf baru sahaja mendapat dana sebanyak RM18juta untuk digunakan sebagai dana latihan.
Duit ini lah yang bakal digunakan untuk menjahanam kita, Pas dan PKR. Asyraf tak usah cakap pasal Islahiah lah. Suruh dia islah diri sendiri.
Ana dimaklumkan oleh kakitangan YADIM, kronisme menjadi wabak baru di dalam entiti tersebut. Orang-orang luar dibawa masuk ke dalam YADIM. YADIM mahu dijadikan pusat PKPIM, ABIM – dan menjadikan Asyraf tak ubah macam Anwar Ibrahim baru dalam UMNO.
Ana nak ingatkan, hati hati permainan tinggi budak ini. Bahaya.