1. Jangan hadapi kritikan massa terhadap PM Najib berkaitan isu kangkung dengan menukarnya menjadi satu pergeseran kaum dan agama. Umno  seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai jalan keluar bila sudah tidak lagi boleh berjawab secara bijak dan bertanggungjawab  terhadap rakyat.

2. Membangkitkan isu Ketuanan Melayu dalam  konteks kritikan umum hatta sindiran dunia terhadap “kekangkungan  politik Malaysia” hanya menzahirkan kelemahan dan kemelesetan akal dan  hati budi umno. Seolah mahu menutup “kebodohan” dengan kuasa kuku besi  dan pembodohan yang hanya akan menambah burukkan wajah Malaysia dan  kepimpinan politik yang ada keseluruhannya.

3. Tindakan Pemuda  umno yg cuba mengingatkan kaum cina dengan nada dan bau ugutan bahawa  kononnya peristiwa bdarah 13 mei 1969 akan mungkin berulang jika terus  mengkritik PM Najib hanya menzahirkan tanggapan betapa umno adalah  dalang sebenar di sebalik tragedi berdarah dalam sejarah yang lepas.  Umno wajar memahami zaman keris tombak dan lembing sudah lama berakhir.  Maka hadapilah zaman ini dengan kebijaksanaan dengan awal memastikan  Presiden umno yang diangkat adalah orang yang bukan “sekangkung” Datuk  Seri Najib, kerana apa yang berlaku kini hanyalah impak daripada salah  pilih pimpinan yang bukan sahaja memalukan bangsa Melayu tetapi juga  negara Malaysia di peringkat dunia.

4. Umno jangan fikir rakyat Malaysia yang ada pada hari ini adalah sama seperti tahun 1969 yang lepas.

5. Kita tidak akan mudah “dikangkungkan” dan tidak teragak-agak untuk  menggerakkan laporan polis di seluruh negara terhadap sikap dan tindak  tanduk ugutan perkauman umno yang semakin menjadi jadi.

6. Isu  kangkung adalah isu sebenar nilai hidup rakyat di mata pemimpin politik  Malaysia dan lebih malang bila ianya diucapkan sendiri oleh PM dalam  nada dan keadaan yang sangat memalukan dan merendahkan aqal dan hati  budinya sebagai seorang pembesar negara.

7. Ia isu hidup mati dan periuk nasi rakyat. Semuanya akibat kegagalan umno BN mengurus tadbir  ekonomi rakyat secara berkesan. Hatta gagal merakyatkan kekayaan hasil  mahsul Malaysia.

*****************************

Ana cuma nak ingatkan kawan-kawan dalam Pas, puak Cina DAP dan PKR ini memang kepala tak betul. Hari ini, mereka arak gambar Najibby dengan kangkung. Enta cuba bayangkan kalau kita (Pas) nanti nak kuasakan undang-undang Islam seluruhnya, patung apa pula yang dia orang arak.

Kita tak boleh ikut perangai gila babi YB PKR Machang Bubok ini. Jenis gila tak tentu hala. Esok-esok, gambar Tok Guru pun dia berani arak.

Ana pun benci Najib. Tapi pada ana, tak payah lah buat flashmob segala bagai. Buang masa. Rakyat pun menyampah.