Pakatan Rakyat akan mengadakan satu ‘road show’ kempen ‘Faham GST, Tolak GST’ bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan dihadapi mereka berhubung cadangan kerajaan yang akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.
Jelas pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop kempen itu adalah satu pendekatan penerangan yang akan memberi kefahaman kepada rakyat tentang kesan GST kepada kehidupan mereka.
Beliau yang mewakili PAS dalam Sekretariat GST turut menekankan pada ‘road show’ tersebut penerangan yang jelas akan diberikan kepada rakyat agar mereka tidak lagi terkeliru dengan iklan-iklan yang disiarkan oleh kerajaan berhubung kesan daripada pelaksanaan GST.
“Ini sebagai langkah untuk kita memberi rakyat faham tentang kesan dalam kehidupan harian mereka apabila GST dilaksanakan.
“Dalam itu juga kita tidak mahu rakyat keliru dengan kempen iklan yang disiarkan oleh kerajaan berhubungan GST, rakyat perlu tahu kebenaran di sebalik apa itu GST,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, pelaksanaan GST bukan satu langkah yang baik di kala negara ini masih lagi diselubungi soal ketirisan, rasuah dan penyelewengan dalam segala hal pentadbiran kerajaan.
Sementara ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut terlibat di dalam Sekretariat GST memberitahu Pakatan Rakyat akan mengadakan tiga program berhubungan dengan GST iaitu meliputi ‘road show’, latihan kepada mereka yang akan terlibat sebagai penerangan dan juga penerbitan risalah.
“Pada road show nanti selain penerangan dari pimpinan Pakatan Rakyat turut terlibat adalah pimpinan tertinggi dan risalah yang kita siarkan itu akan merangkumi teknikal serta penerangan agar rakyat lebih faham apa yang ingin kita sampaikan,” jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk mengadakan roadshow di seluruh negara yang akan bermula di Negeri Sembilan pada 24 Januari diikuti Melaka (29 Januari), Kedah (7 Februari), Pulau Pinang (8 Februari), Pahang (17 Februari) dan Kelantan (28 Februari).
Untung kita sebab Gomen pun dah macam beku fikiran nak lawan isu ini. Ahmad Maslan sudah tidak karuan. Lagi sedap kita nak balun.
Ana kadang-kadang kesian denagn Jawa Pontian yang mempunyai CGPA tinggi ni. Sudahlah pendek. Akal pun pendek. Tak ke mana lah jawabnya.
Ana diberitahu Seminar PENA (Pemerkasaan Ekonomi Nasional) pun sekadar program #syoksendiri. Panggil orang UMNO dengar ceramah sendiri. Mangkuk.
Orang UMNO kerajaan buat apa pun dia kata betul. Jenis bodoh tak boleh diajar.
Januari 17, 2014 at 5:50 pm
Buat road show?!… itu perkara baru ke utk pas???… kalo bab bercakap dan memaki hamun 24 jam 7 hari seminggu itu da memang kehandalan pas ,, satu Malaya pun tau!! yang tak pernah di dengar pasal pas ialah buat kerja atau memberi idea idea baru hal ehwal ekonomi… tengok jer lah Kelantan…HAUUSS!!
Januari 18, 2014 at 4:01 pm
I read this article fully regarding the difference of most recent and previous technologies,
it’s awesome article.
Januari 19, 2014 at 11:44 pm
ini jer ka yang kita mampu buat, sepatutnya kita kumpulkan semua bijak pandai dalam pas duduk berbincang,bagi idea yang lebih bernas macam mana cara cukai yang sepatutnya dikutip,tak la nampak parti kita ni macam asyik nak membangkang tanpa ada jalan penyelesaian.kadang kadang pila kawan2 dari pihak sana tanya apa cara yang lebih baik .termenung panjang kita nak jawap