Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka.
“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.
Antara lain beliau berkata: “…..itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.”
Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.
Pertama, sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.
Kedua, bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.
Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi.
Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.
A Kadir Jasin ini memang hero kewartawanan ana. Dah lama ana minat.
Pada ana, pandangan ini adalah kesimpulan paling tepat untuk mengambarkan perangai haram jadah blogger pro-UMNO. Semua kaki main upah.
Ana tak katalah ana kerja free. Tapi bukanlah ini perangai yang ana buat.
Januari 17, 2014 at 5:43 pm
anta pun samma lah jugak… di bayar utk menulis.. takkan dwi standard …di bayar tetap la di bayar …tak kira lah blogger umno ke pas..walaupun ape yd ditulis tahap hamPAS!!!!!
Januari 18, 2014 at 6:28 pm
bila datuk kadir jasin la ni dok balon najib .. dan dan la engko declare datuk kadir jasin tu hero engko… cuba kalo datuk kadir jasin dok balon pas… engko nak declare ke tidak dia tu hero engko.. ini la taraf pemikiran blogger pas dan pemimpin pas.. islam di jadikan barang dagangan demi kuasa!!!
Januari 19, 2014 at 11:37 pm
takda ke lagi orang pas yang bijak sikit. memalukan jer biasa la hal macam ni, cari la isu yang bleh membina skit