Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, pendirian Tengku Adnan yang  juga Menteri Wilayah Persekutuan membenarkan Hard Rock Cafe dibuka di  Putrajaya dengan bersyarat, bertentangan dengan nasihat Najib sewaktu  berucap di Perhimpunan Agung Umno November tahun lalu.

“Berkenaan dengan Hard Rock Cafe,  saya ambil nasihat Presiden Umno, ahli Umno kena pergi surau.

“Jadi kalau kena pergi surau kenapa nak buka kelab hiburan di tempat yang tak ada kelab? Kalau nak berhibur pergi Kuala Lumpurlah. Bayar tol sikit.

“Hard Rock dah ada di Jalan Sultan Ismail, dan masih kosong lagi  tempat-tempat itu, pergilah ke sana,” kata beliau dalam sidang media  selepas program minum petang dan sembang santai bersama warga Putrajaya  di medan selera Presint 9, dekat sini petang tadi.

Terdahulu,  berdialog di hadapan kira-kira 50 orang yang hadir, calon PAS di  Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 itu berkata, PAS mencadangkan  pembinaan sekolah tahfiz di Putrajaya untuk anak-anak Putrajaya dan  ramai yang menyetujuinya.

“Dulu kita cadang nak bina tahfiz di Putarajaya untuk ibu bapa hantar anak-anak mereka.

“Tak ada pun orang telefon atau sms minta dibuka Hard Rock Cafe. Sekarang  kerajaan nak buka kelab pula. Kenapa ini terjadi? Kerana PAS tak berjaya kuasai Putrajaya,” katanya.

Terus terang ana kata, masih jauh perjalanan Husam di Putrajaya. Kehadiran tak sampai 50 orang pun. Ana kira, 23 orang. Itupun 17 orang bawa kereta dari KL. Bukan orang Putrajaya pun. Maknanya, ada 6 orang sahaja orang Putrajaya yang turun.

Nak menang macamana 6 undi?

Advertisements