Menurut sumber, PKNS telah menghantar surat kepada Azmin memberitahu beliau tidak dipilih semula menganggotai ahli Lembaga Pengarah PKNS untuk penggal baru, kira- kira jam 11 pagi semalam.
Azmin bagaimanapun dalam kiriman SMS kepada Sinar Harian hanya menjawab ‘Ya’ ketika ditanya mengenai perkara itu.
Selain Azmin, wakil komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang dipilih menganggotai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ialah bekas Adun Kinrara, Teresa Kok mewakil DAP manakala Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili Pas.
Menurut sumber dari PKNS, Menteri Besar yang juga Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS pada 20 Januari ini, di mana mesyuarat ini amat dinanti-nantikan bagi merungkai persoalan barisan pengurusan baru yang dirombak.
Tinggalkan Jawapan