marinaBagi pemimpin PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof, tindakan Jais  ketika membuat serbuan itu merosakkan nama baik Islam di kalangan bukan  Islam.

“Melainkan Jais memberikan bukti yang jelas bahawa agama Kristian  telah disebarkan kepada umat Islam, keseluruhan serbuan ini melambangkan kebodohan dan tidak tahu apa-apa.”

Dan daripada membuat promosi tentang Islam yang sebenar, pihak  berkuasa yang sepatutnya mengawal kepercayaan, telah menyebabkan  kekeliruan lebih besar di kalangan umat Islam sendiri.

“Bila berlaku salah faham, pihak pelampau akan mengambil kesempatan,” kata Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar itu.

Mujahid sebelum ini pergi ke merata gereja bagi menjelaskan peraturan berkaitan nama Allah ke atas Herald tidak membayangkan Islam yang  sebenar.

Beliau dan lain-lain pemimpin PAS menjelaskan Allah tidak boleh menjadi perkataan yang eksklusif untuk umat Islam sahaja.

Bagaimanapun beliau dan partinya bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang pendakyahan ke atas umat Islam.

Sebagaimana Jais mesti membuat penjelasan tentang serbuannya,  pemimpin Kristian bagi Mujahid juga perlu menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menukarkan agama orang Islam.

=======================

Pada ana, ini pandangan yang wajar dan boleh memberikan kita undi yang banyak dalam PRU yang akan datang. Sangat matang dan bermakna.

Ana cuma bayangkan kalau 3 juta penganut Kristian undi PAS dalam PRU14, ana percaya, kita akan menang lebih 40 kerusi Parlimen.

Ana tak lihat isu ini dalam pandangan agama sangat. Ana tengok pandangan strategi politik. Strategi politiknya, kalau kita yakinkan penganut Kristian bahawa Islam itu mesra dan seronok dengan mereka, 3 juta undi milik kita dan PR. Bayangkan.

Tengok Mamu Mahathir. Dalam pada dia balun Kristian, dia suruh anak dia pergi jumpa paderi. Bila orang Kristian bising, dia boleh kata, ‘tengok tu…anak i sebenaqnya sokong u all. i yang suruh dia pi jumpa u all’. Tak ke haru.

Kita kena pandai main permainan ini. Belajar cara Mahathir dan Marina Mahathir main isu ini. Relak dan tenang.

Bapak balun. Anak sapu. Bapak dapat poin. Anak dapat poin. Cinabeng punya politik.

Advertisements