http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/24554-islam-benarkan-rakyat-tegur-kerajaan-tg-nik-aziz

Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat Islam tidak menghalangnya.

“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, Islam memberi peluang kepada rakyat untuk beritahu kesusahan mereka kepada kerajaan.

“Waktu Saiyidina Abu Bakar jadi Khalifah beliau menyebut kalau aku betul tolong bantu aku, kalau aku salah tolong betulkan aku.

“Kemudian bangun seorang sahabat, dia kata kalau kamu salah aku akan betul dengan mata pedang,” katanya ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok  Guru di sini, hari ini.

Beberapa NGO termasuk Gerakan Turun Kos  Sara Hidup (Turun) menganjurkan perhimpunan aman pada malam 31 Disember  ini bagi mendesak kerajaan menurunkan kos hidup rakyat.

Selepas  pilihan raya umum lalu kerajaan BN menaikkan harga petrol 20 sen  seliter, dan awal tahun hadapan pula kenaikan tarif elektrik 4.99 sen  satu kilowatt.

Selain itu kenaikan tambang LRT, monorel dan kadar tol di 15 lebuh raya.

Bagaimanapun kerajaan BN melalui media dikuasainya melabelkan perhimpunan aman  tersebut sebagai agenda bagi menggulingkan kerajaan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau menyokong perjuangan anak-anak muda yang bersusah payah membawa isu rakyat.

=======================

Ana setuju benar dengan saranan Tok Guru. Ana cuma harap puak UMNO di Kelantan tidak guna alasan sama untuk berdemo menentang kerajaan kita.

Tok Guru kena tahu, kerajaan Kelantan kita pun tidak sekuat mana lo ni. Banyok masa’aloh. Mace-mace lah.

Hok MB dok macam MB. Hok TMB macam lebih dari MB. Hok Exco do tahu buak kerjo. Mace-mace lah.

Kala Tok Pa panda gak….dia buak demo menente kerajaan Pas kelantam. Nayo puok kita bohh.

Advertisements