Kumpul punya kumpul duit, ana dan isteri kedua akhirnya menjejakkan kaki di bumi Istanbul. Syukur. Boleh tahan juga duit buat blog ini. Ditambah dengan pemberian last minutes seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dapatlah bermewah sedikit.
Ana memang tak pernah berbulan madu dengan isteri kedua ini. Bukan ana tak sayang. Tak sempat. Tugas beliau di Jabatan Imigresen pun banyak. Ana kali ini, beri tumpuan kepada dia. Dia pun nakkan baby. Ini yang kami ke Istanbul ni. Projek Istanbul.
Rupa-rupanya, ramai orang gomen yang ada di Istanbul. Ana terjumpa dengan TPM/Isteri/Anak beliau di jalanan. Ana bersalam. Muka tak mahu senyum. Di Istanbul pun tak mahu senyum. Apa punya TPM.
Sewaktu minum petang, ana berbual dengan beberapa orang tali barut TPM di sebuah kafe. Rupa-rupanya mereka sedang risau, kerana boss mereka sedang berfikir untuk meletakkan jawatan dalam masa terdekat ini.

Bila ana makklum bahawa isteri ana kerja Jabatan Imigresen, mereka selesa dengan ana. Mereka anggap ana orang gomen juga. Baguslah dalam hati ana. Boleh tahu apa yang mereka bincang.

Ana hanya mengangguk. Dengan soalan, ‘kenapa nak letak jawatan? Tak mahu tunggu jadi PM? Najib bukan kuat?’
Mereka semua tersentak. Sebab baru kenal, tapi ana berani beri statement begitu.
Mereka kata, boss mereka sudah tidak ada idea untuk memimpin. Lemah. Apa yang berlaku di Kementerian Pelajaran, membuatkan boss mereka nampak bodoh dan bengap.
Mereka cuma berkata, boss mereka hanya akan terus pegang jawatan jika orang tertentu memberikan komitmen untuk membantu. Beberapa nama yang mahu dibawa masuk dan menyumbang di Pejabat TPM/Menteri Pelajaran adalah MB Perak dan Ahli Parlimen Kulim.

Habis tu, MB kena letak jawatan ke?

Ana diam sahaja. Kakitangan TPM nampaknya sedang bersungguh menyusun pelan menyamun duit di peringkat paling tinggi.
Patutlah tak ada orang fikir pasal PISA/TIMMS. Mereka tengah seronok bincang strategi di Istanbul.
Bila ana nak keluar, terserempak pula dengan MB Perak. Laaa….ada juga si metalik ni.