Tuduhan dilemparkan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar (gambar)  kononnya  Kelantan mundur 40 tahun membuktikan beliau tidak pernah menjejakkan kaki serta mengenali negeri itu secara dekat.

Jelas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily, kenyataan Kamaruddin itu turut menunjukkan beliau tidak mendapat maklumat serta statistik yang lengkap mengenai kejayaan Kelantan berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya lagi, Kamaruddin perlu melawat Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak berasas.

“Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat tersebut dan bagi saya kenyataan sedemikain menunjukkan beliau tidak pernah menjejak kaki ke Kelantan atau mengenali negeri itu.

“Nasihat saya cuba melawat Sabah dan Sarawak, lihat negeri yang berada di bawah  BN dari segi kemajuan lepas itu baru boleh bandingkan dengan Kelantan.

“Baru kita tahu negeri mana yang lebih mundur, jangan menuduh tanpa bukti serta fakta yang kukuh,” jelasnya.

Pada ana, jangan kita emosional bila kena balun begitu. Tenang dan cuba tangani secara berhemah.

Ana orang Pas, dan ana boleh setuju bahawa Kelantan mundur. Tapi bukanlah 40 tahun. 20 tahun mungkin ada.

Kita ini selalu sangat nak guna alasan Sabah dan Sarawak. Itu mereka punya hal lah. Kita ini, apa nak jadi? Sekolah buruk, jalan teruk, kekotoran tak usah nak cakap,pembangunan ala kadar. Itu pun masih nak pertahan?

Pada ana, kita patut terima pandangan kamaruddin kachar. Jangan emosi. Perbaiki negeri kita. Jangan nama sahaja Islam, tapi pembangunan entah ke mana. Malahan, kalau banding dengan Kerteh pun, rasanya Kota Bharu jauh kalah dan kebelakang.