armandBagi pihak orang kampung di Sg Isap di Kuantan, ana nak uca terima kasih kepada bantuan kawan-kawan Pemuda UMNO di kawasan kami yang kena banjir. Banyaklah juga sumbangan. Macam-macam deme bagi. Bagus budak-budak muda ni.

Ana sempat duduk berborak dengan kumpulan pemimpin Pemuda umno ini. Sengaja tanya mereka kerja mana, dan apa cara mereka menyara keluarga. Sebab kalau tengok kereta yang mereka bawa, fuhh memang hebat.

Mereka tidak malu berkata pada ana, kebanyakan exco pemuda semuanya orang kaya-kaya. ‘Kalau tak ada duit, mana boleh jadi pemimpin umno pak cik’, kata salah seorang mereka.

Ana senyum. Memang hebat mereka ini.

Bila ana tanya, apa bisnes yang mereka buat. Ada yang kata jual kereta, ada yang kata dapat 10 tender kantin MRSM seluruh Malaysia, ada yang kata pemilik syarikat di dalam bursa saham Malaysia, ada yang kata buat bisnes resort, ada yang kata mereka adalah usahawan-politik sepenuh masa.

Pada ana, ini adalah lambang kemewahan UMNO. Memang susah Pemuda Pas kita nak lawan. Mereka ini banyak duit. Mereka tak pakai istilah berapa ringgit/ratus/ribu. Mereka pakai istilah ikat. Berapa ikat ko bawak duit?

Hebat puak-puak Pemuda UMNO ini. Ana tengok mereka belanja pun takut. Pergi bantu mangsa banjir pakai jam Patek. Pakai jam Tag Heuer. Bila ana tanya berapa harga jam, ada yang jawab, ‘murah sahaja pak cik, RM15 ribu’. Kalau rosak, beli lain.

Ana tak tahu nak menangis atau ketawa.

Tapi ana terima kasih pada mereka. Sebab lepas mereka pegang penyapu selama 7 minit, mereka pun beransur balik hotel. Hebat.