kratonZahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan  Agung UMNO kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai  Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad  Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.
Walaupun tidak  menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor  dua Pas, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.
Tindakan Zahid memberi arahan untuk  menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam Perhimpunan  Agung UMNO terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.
Jika benar, beliau mempunyai bukti  bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit  secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya  berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. Lagi pula, tidak perlu  memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama  anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam  mesyuarat mingguan kabinet.
————————————————-
Kita semua tahu Zahid tak sabar nak langgar Muhyiddin. Tapi bukan ini caranya. Zahid sepatutnya menunukkan bahawa dia adalah anak Jawa Kraton. Ada adab. Ada sahsiah. Bukan anak Jawa Totok tukang gali parit.
Ini yang menunjukkan kelemahan Zahid Komedi. Dia tak tahu, ramai orang di luar yang ketawakan dia. Tapi biasalah, bila orang ada kuasa. Lupa segalanya.
Kalaupun Mat Sabu nak anut Syiah, itu hak peribadi dia. Apa hak Zahid Komedi Jawa Totok nak masuk campur. Bawa bertenang akhi. Enta anak orang ada ilmu. Tapi bodohnya tidak boleh dihalang-halang.
Apa yang Zahid komedi buat adalah perlambangan bahawa dia semakin tidak sabar dengan jawatan Timbalan Presiden. Kepingin sangat.

Jawa Kraton bawa keris tang belakang. Tak nampak. Adakah Zahid Komedi Kraton ada agenda sendiri?

Nak jadi orang Jawa Pertama diangkat jadi Timbalan Presiden.
– Onn Jaafar (TURKI) – T Abdul Rahman (SIAM) – Tun Razak (Lanun Sulawesi) – Tun Hussein (TURKI) – Tun Mahathir (Yindia) – Tun Abdullah (China Hainan) – Najib (Lanun Sulawesi + Mendaling Rosmah Mansor)