http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/23999-pemuda-umno-mahu-guru-dipantau
Seorang perwakilan Pemuda Umno  semalam meminta kerajaan memantau perbuatan segelintir guru di negara  ini yang cuba mempengaruhi pelajar agar membenci kerajaan.

Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Mat Yasin berkata sebagai golongan  berpengaruh, tindakan guru terbabit mampu menggugat kestabilan negara  jika dibiar berterusan.

Guru juga tidak harus menjadikan pelajar mangsa kebencian mereka  terhadap kerajaan, sebaliknya luahkan secara terbuka mengenai masalah  yang dihadapi, katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno, di perhimpunan agung sayap itu, di sini.

“…guru ini golongan yang suka melakukan ‘silent protes’. Jangan  begitu bincang sebaiknya demi kebaikan anak-anak kita,” katanya

Ini semua cadangan bahalol yang nak merosakkan imej guru. Tak ada orang perlu pantau. Guru pandai buat kerja sendiri.

Ini semua untuk kepentingan politik UMNO lah ni.