Banjir di Pantai Timur makin buruk. Kesian saudara mara ana di Kuantan, Indera Mahkota dan lain-lain tempat. Sudahlah sudah. Kena banjir pulak lagi. Pakaian anak-anak untuk sekolah pun ada yang rosak.

Pada ana inilah peluang untuk pemimpin seperti Tuan Ibrahim Tuan Man tampil di dalam kawasan banjir dan berikan bantuan. Pada ana, kurang-kurang, kita kena sedia RM5 juta sampai hujung musim tengkujuh. Ini lebih elok dan mendatangkan kesan berbanding benda lain rasanya.

Menurut teman ana di Kuantan, kertas bajet awal untuk program bantuan baniir sudah diserahkan kepada Bendahari. Awal ini kita tak minta banyak. RM170 ribu. Tengah tunggu Bendahari salurkan wang.

Kertas kerja lain juga sudah dihantar kepada Sheikh Anwar Ibrahim kita. Minta dia bantu. Tak banyak, dalam RM70k. Harap dapat disegerakan.

Bantuan DAP juga sedang kita pohon. DAP katanya nak beri banyak. RM300k. Tak tahu dana daripada mana. Kita tunggu.

Kalau semua dana ini masuk dan dapat kita serahkan kepada rakyat yang terkena dengan banjir. Tinggi markah kita.

Ana cadang Harakah buat kutipan macam Media Prima.

Advertisements