Kerajaan tidak  bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada  maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai  buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri  Shahidan Kassim.

Beliau berkata  kemudahan cuti haji itu meliputi tempoh menunaikan fardu haji di Makkah, lima hari persediaan sebelum berlepas ke tanah suci dan lima hari  rehat, setelah kembali.

“Cuti haji sedia ada  untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan,”  katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada  sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.YB Pandan patut tengok PEKELILING sebelum tanya soalan bodoh di Parlimen. Itu pun tak boleh nak fikir.

Kakitangan awam ini ada peraturannya Tuan Haji Pandan. Bukan main ikut suka.Kalau boleh simpan cuti tak melebihi 120 hari, apa kisahnya nak cuti lama-lama lagi. Letih juga kalau pandai sangat ni. Ada masa jadi bodoh. Itu nasib baik Shahidan tak bangkit rukun haji. Kalau bangkit, jawabnya melepek la Pandan macam kucing manja dia di rumah.