Amboi, dalam pada Muktamar diarahkan untuk tidak bercakap tentang UMNO, rupa-rupanya ada MB kita yang senyap-senyap menyeludup untuk berjumpa dengan Najib. Apa hal? Apa isu?

Pada ana, kita kena telus bab nak jumpa-jumpa ni. Jangan jadi macam dulu. Hasan Ali senyap-senyap jumpa orang Pak Lah, minta jawatan MB Selangor dan bentuk kerajaan perpaduan. Orang Pak Lah siap bawak duit penuh dalam beg.

Kali ini nak pergi jumpa lagi. Nak minta duit? Nak minta masyuk?

Pada ana, kita tak payah jumpa Najibby ni. Buang masa. Kaki temberang.

Kita patut jumpa Guan Eng. Bentuk kerjasama politik yang lebih mantap antara DAP dan PAS. Itu lebih afdal.

MB Kelantan tak takut ke jadi macam MB Kedah dahulu. Bukan main layan umno, sudahnya….kena kencing jugak. Kencing manis.

Pada ana, ada cubaan orang keliling MB nak suruh melutut kepada Najibby. Ini bahaya boh. Macam tak yakin nak memimpin.