Ana pun tak tahu apa yang dilihat oleh perwakilan. Tak faham. Kalau orang kalah mahu diletakkan di jawatan tertinggi, itu sebenarnya meletakkan parti kita dalam keadaan yang berganjak ke belakang.

Ana dah tulis banyak kali, Salahuddin Ayub tidak menyumbang kepada parti sepanjang PRU yang lalu. Projek Johor GAGAL terus. Lingkup. Yang menang banyak DAP.

Itupun nak diletakkan sebagai Naib Presiden. Untuk tujuan apa?

Pada ana, Salahuddin ini sudah mencapai tahap beku dalam politik. Kalau tidak kerana kerusi simpati negeri lain, dia tidak akan masuk Parlimen pun. Terbabas.

Tapi ana nak kata apa. Dah perwakilan buat keputusan, kita terima lah.

Cuma ana nak ulas pandangan pimpinan bahawa prestasi ahli parlimen kita baik. Ana nak nafikan lah. Haram baiknya.

Pada ana, lemah dan lemah dan lemah.

Beberapa nama, kalau ana sebut, macam tunggul kayu di Parlimen. Itupun dikatakan baik.

Advertisements