Tindakan kabinet meluluskan urusan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar, baru-baru ini boleh mengundang bahaya kepada negara apabila urusan negara diserahkan kepada pihak yang bukan berkenaan.
Malah, tindakan itu juga menunjukkan kabinet Datuk Seri Najib Razak begitu mudah dipengaruhi Rosmah dalam urusan rasmi negara sehingga Najib terpaksa mengemukakan permohonan untuk meluluskan urusan lawatan tersebut.
“Mengikut amalan biasa, isteri-isteri pemimpin ini hanya mengiringi suami mereka dalam urusan negara. Malangnya, di Malaysia ini, isteri pemimpin pula yang dibenarkan mewakili negara dalam hal hubungan dua hala,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

 

Menurutnya, sebagaimana lazim Timbalan Perdana Menteri atau menteri Kabinet yang mewakil Perdana Menteri dalam menjalin hubungan dua hala dengan negara luar, bukannya isteri Perdana Menteri.

Tambah beliau, sebelum ini ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir sering menggelarkan kabinet Abdullah dipengaruhi ‘budak tingkat empat’, namun dalam era kepimpinan Najib, kabinet Najib dipengaruhi isteri beliau sendiri.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan, di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan urusan lawatan Rosmah ke Qatar.

 

 

Istilah “sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan”

Untuk Najib, “sayang isteri naik-naikkan PRIVATE JET; sayang anak, beri-berikan SAHAM dan PERNIAGAAN’.
Cerah masa hadapan Najib dan UMNO. Secerah punggung baju merelit Ziana Zain.
Advertisements