Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man menegaskan,  kepimpinan Pakatan Rakyat negeri wajar bersemuka selalu dalam pertemuan  untuk menjernihkan sesetengah isu yang berbangkit.

Mengulas  saranan akar umbi PAS yang dibangkitkan dalam sidang media tengah hari  semalam di Seberang Jaya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Permatang Pasir khuatirsekiranya tiada pertemuan antara parti  DAP, PKR dan PAS di peringkat negeri sebagaimana sekarang, ia akan  meninggalkan natijah yang kurang memberangsangkan terhadap kerjasama  dalam Pakatan Rakyat.

“Saya cadangkan ketiga-tiga parti dalam  Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertemu selalu untuk menjernihkan keadaan  agar apa yang menjadi harapan ahli akar umbi diberikan keutamaan,”  jelasnya ketika dihubungi.

Menurutnya, memang terdapat beberapa  persoalan atau tidak puas hati kalangan kepimpinan parti ekoran sikap  sesetengah Exco namun ianya boleh diselesaikan menerusi pertemuan sesama Pakatan Rakyat.

Katanya, menjadi masalah sekarang, tiada  langsung pertemuan kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri sejak  Pilihan raya Umum ke-13.

“Pertemuan antara parti gabungan Pakatan Rakyat di peringkat negeri kena diadakan supaya tidak timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli,” terangnya.

Politik Tok Pek Kong

Masalah dengan PP ini adalah perangai Ketua Menteri. Macam Tok Pek Kong. Kena sembah baru boleh jumpa. Nak jumpa kena beritahu sebab dan apa yang nak dicakap. Mesti hantar dua mukasurat rumusan apa yang nak diberitahu.

Beberapa perkara tidak boleh disentuh – ekonomi dan kepentingan ekonomi orang Cina di PP. Bab lain, boleh sentuh, tapi tak boleh kritik.

Apa punya jahanam dan lakhanat punya undang-undang nak jumpa Ketua Menteri. Dia ingat dia siapa? Presiden China?

Pada ana, Pas Pulau Pinang memang anak jantan. Berani. Ini bukan sebab ada muktamar. Ana kenal mereka. Memang aktivis kuat. Memang orang Pas dalam dan luar.

Guan Eng kena sedar diri. Jangan angkuh sangat.

Advertisements