Ana cukup seronok dengan perkembangan yang berlaku di Kelantan pada ketika ini. Nampak gaya, hudud akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Inilah yang kita sudah lama impi dan inginkan. Sebuah kerajaan yang benar-benar melaksana undang-undang Islam. Kalau sudah terlaksana. blogger-blogger pro UMNO yang kaki tonggang air kencing setan, mesti takut. Manakan tidak, kalau mereka datang Kelantan, pekena air setan, mesti kena tangkap punya.

Ana rasa, ini semua adalah takdir Allah SWT yang nak tengok kita laksanakan apa yang kita cakap.

“Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam,” tegasnya.

Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS walaupun mereka sedar PAS adalah parti Islam setelah mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS.

Sehubungan itu, beliau menyarankan ahli PAS agar menunjukkan akhlak Islam walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisme yang tidak berakhlak.

Tahalluf Siyasi, ujarnya membenarkan PAS menjalin hubungan dengan DAP dan bukannya dengan Umno apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN pada 1973.

Namun katanya, semasa menyertai BN, Umno berusaha meilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke kubu Umno seperti Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS.

Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS dan Pakatan Rakyat.

Bersama kita pastikan UMNO laknatullah dikafankan di bumi Malaysia ini. Takbir!