Calon Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menawarkan lima agenda utama  andainya beliau menang jawatan tersebut dalam muktamar pemilihan di Shah Alam pada 22 November ini.

Lima agenda itu ialah pertama, mendepani isu rakyat secara berkesan dan berterusan. Kedua,  Pemuda PAS sebagai sebuah inkslusif.

Ketiga, Pemuda PAS menjadi pengimbang dalam parti. Keempat,  merapatkan perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli Pemuda PAS dan  kelima, Pemuda mahu meneruskan kesinambungan perjuangan pimpinan Pemuda  yang terdahulu.

Suhaizan yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berdepan saingan tiga  penjuru iaitu Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad  dan muka baru, Zulhazmi Shariff.

Ana minta maaf, ketiga-tiga calon Ketua Pemuda PAS, pada ana, tidak akan mampu menyaingi pemikiran, ketereran, kemampuan, kehebatan, kewibawaan yang ada pada Ketua Pemuda UMNO.

——————————–

Ana cakap ikhlas. Ana pernah pergi program KJ dengan mahasiswa. Masya’Allah. Ana rasa, separuh daripada dewan itu histeria apabila KJ masuk. Smart. Hensem. Pandai berhujah. Pakej lengkap.

Kalau kita masih tawarkan Ustaz Kampung sebagai Ketua Pemuda, pada ana, PRU14, kita akan almarhum mendapat undi budak muda. Ikhlas ana cakap.

Satu perkara, kita tidak pernah nak serang peribadi KJ. Kita asyik dan terpesona dengan gaya dia. Sampaikan Nik Abduh pun diperbodoh sahaja di parlimen oleh KJ.

Ana dimaklumkan, KJ akan bawa dua tiga orang agama ke dalam exco Pemuda umno Malaysia. Antara nama yang disebut-sebut:-

– Dr Asyaf Wajid Dusuki (YADIM)

– Imam Muda Asyraf

– Dr Noor Irfan Khairi

Kalau KJ buat macam ini, dan kita masih syok sendiri. Ke parit kita.

 

* kalau anak Mahathir pun KJ boleh tergolek dogkan. Suhaizan ini….